Penilaian Kompetensi Kemahiran Pembinaan

Program penilaian ini direka bentuk menguji tenaga kerja pembinaan yang sedia ada pada kecekapan mereka dalam skop kerja semasa dan / atau bidang kepakaran mereka. Ia adalah bertujuan untuk memastikan bahawa tenaga kerja dari semua industri ialah mahir untuk memenuhi tuntutan-tuntutan yang berubah dengan pesat dan teknologi yang semakin canggih, seperti dikehendaki oleh Act 520.
CIDB telah menetapkan supaya semua kerja pembinaan yang memerlukan kemahiran perlu dijalankan oleh pekerja binaan mahir. Ianya selaras dengan keperluan Akta 520 iaitu mengikut Seksyen 33A, semua pekerja binaan mahir wajib mendapat akreditasi dan pemerakuan dari CIDB sebelum melakasanakan sesuatu kerja binaan yang memerlukan kemahiran. Dengan yang demikian, CIDB turut menganjurkan program penilaian kemahiran di semua enam buah ABM.
Untuk menjalani penilaian kemahiran, pekerja binaan perlu membuat pendaftraan di pejabat-pejabat CIDB atau ABM yang berhampiran. Selepas itu, pekerja binaan perlu mengambil ujian kemahiran di lokasi-lokasi yang ditetapkan.
MAKLUMAN
Akta (520) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) (pindaan) 2011 telah diluluskan oleh parlimen dan telah ditandatangani oleh YB Menteri Kerjaraya untuk dikuatkuasakan.
PETIKAN AKTA CIDB
33A. (1) tiada penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir boleh terlibat atau diambil, atau mengaku janji untuk terlibat atau diambil sebagai penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir melainkan jika dia diakredit dan diperakukan oleh lembaga dan memegang suatu perakuan yang sah yang dikeluarkan oleh lembaga di bawah akta ini.
33A. (6) mana-mana orang yang mengambil mana-mana penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir yang tidak diakreditkan dan diperakukan oleh lembaga untuk menjalankan apa-apa kerja pembinaan melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM 5,000.00.
Cara Memohon:
- Lengkapkan borang UAP/2013 dan sertakan borang berikut:
- Satu salinan kad pengenalan
- Satu salinan kad hijau CIDB yang masih sah tempoh laku
- Sila hantar borang yang lengkap ke ABM yang berdekatan
- Lengkapkan borang UAP/2013 dan sertakan borang berikut:
- Satu salinan pas lawatan (kerja sementara)
- Satu salinan passport yang sah
- Satu salinan kad hijau CIDB yang masih sah tempoh laku
- Sila hantar borang yang lengkap ke ABM yang berdekatan
Contact Person
Nama : Mohd Norkhairuddin Bin Jamil
No Tel : 010-9699536
Email : abmws.khairuddinjamil@gmail.com