Program Perantisan Industri Pembinaan

PENGENALAN
Program Perantisan Industri Pembinaan adalah merupakan satu program yang dibangunkan oleh CIDB selaras dengan inisiatif di bawah Teras 3 – Produktiviti berdasarkan Pelan Transformasi Industri Pembinaan – CITP (2016-2020). Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada perantis mempraktikkan kemahiran yang dipelajari dalam dunia pekerjaan sebenar dengan pemantauan dan tunjuk ajar tenaga kerja berpengalaman. Dalam melaksanakan hasrat ini peranan majikan dalam menyediakan penempatan kepada perantis untuk memulakan kerjaya sebagai seorang pekerja binaan adalah amat penting bagi merealisasikan pelaksanaan Program Perantisan.
OBJEKTIF
- Memberi peluang kepada perantis mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran dalam industry
- Meningkatkan peluang kebolehpasaran perantis
- Meningkatkan penyerapan tenaga kerja tempatan dalam industry pembinaan
KATEGORI/KUMPULAN SASARAN
Pemilik Program (CIDB)
- Memastikan program dilaksanakan dengan sempurna bagi mencapai objektif yang ditetapkan dengan kerjasama pelbagai pihak.
Penganjur Program
- Menganjur dan melaksanakan program sepanjang tempoh yang telah dipersetujui dengan syarat yang ditetapkan
- Memantau pelaksanaan program
Majikan
- Organisasi atau syarikat yang menjalankan perniagaan berkaitan pembinana secara sah
- Bersetuju dan telah dilantik bagi menggajikan perantis untuk bekerja bagi tempoh tertentu
- Membantu mendidik serta menggilap kemahiran perantis dalam bidang kemahiran mereka
KURSUS/TRED YANG DIBERIKAN KEUTAMAAN
Bidang Kemahiran Pembinaan
- Scaffold Erection
- Welding
- Wireman
- Chargeman
- Gas Pipe Fitting/Insulation
- Blasting and Painting
- Non Destructive Painting (NDT)
- Crane Operation
- Mobile Crane Operation
- Crawler Crane Operation
- Tower Crane Operation
- Plant Operation
- Backhoe Loader Operation
- Hydraulic Excavator Operation
- Wheel Loader Operation
- Plumbing
KATEGORI BIDANG PERANTISAN
- Terbuka kepada warganegara Malaysia tidak melebihi 35 tahun
- Pelatih yang telah menamatkan latihan kemahiran di mana-mana Akademi Binaan Malaysia (ABM)
- Memperolehi Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK)
TEMPOH PROGRAM :
3 BULAN
INSENTIF KEPADA MAJIKAN
01 Bidang Kemahiran Binaan : RM 800 Perantis/Bulan
FAEDAH KEPADA MAJIKAN
- Meningkatkan bilangan tenaga kerja tempatan yang kompeten dan profesional
- Mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing
- Memperoleh mata CCD sebanyak 10 mata/perantis dengan jumlah maksima 40 mata bagi satu sesi pengambilan
FAEDAH KEPADA PERANTIS
- Peluang untuk mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam dunia pekerjaan sebenar
- Meningkatkan peluang kebolehpasaran perantis
- Mempercepat dan meningkatkan penyerapan pelatih kemahiran atau graduan ke dalam industri
Hubungi Kami:
BIDANG KEMAHIRAN PEMBINAAN
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Tengah
Lot 8, Jalan Chan Sow Lin
55200 Kuala Lumpur
Tel: 03-9200 2008
Fax: 03-9200 2009
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan
Lot 2067, Batu 3, Jalan Tampoi
81200 Johor Bahru
Johor Darul Takzim
Tel: 07-238 8152
Fax: 07-234 5808
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara
Lot 2991 &2992,
Jalan Sintok – Padang Sanai
06010 Sintok
Kedah Darul Aman
Tel: 04-924 2200
Fax: 04-924 1100
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur
Jenagor, 21700 Kuala Berang
Terengganu Darul Iman
Tel: 09-681 8327 / 28 / 86 / 96 / 97
Fax: 09-681 8329
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sarawak
Tingkat 1, Blok C, Kompleks CIDB
Jalan Sultan Tengah
93050 Kuching Sarawak
Tel: 082-446 700
Fax: 082-442 700
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sabah
Lot 4, Industrial Zone 15,
Kota Kinabalu Industrial Park,
88460 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-492 614 / 088-494 615 / 088-495 616
Fax: 088 – 491 359
SENARAI NAMA PEGAWAI ABM YANG BOLEH DIHUBUNGI BAGI PROGRAM PERANTISAN:
NO. | NAMA PEGAWAI | KAMPUS | NO TELEFON |
---|---|---|---|
1 | Pn. Habibah Hassan | ABM Wilayah Utara | 012-4910187 |
2 | Pn.Hamidah Lamat | ABM Wilayah Selatan | 010-5479019 |
3 | Pn. Rosadah Ismail | ABM Wilayah Timur | 014-8463345 |
4 | Pn. Halimatun Md Saufi | ABM Wilayah Tengah | 019-2437179 |
5 | En. Syaifful Bakhri Hj Ag Besar | ABM Sabah | 017-8905677 |
6 | Cik Faezah Sabil | ABM Sarawak | 019-8399972 |