Tentang ABM

Tentang ABM

Akademi Binaan Malaysia (ABM) adalah pusat penilaian dan latihan CIDB, yang memenuhi keperluan untuk pembangunan dan peningkatan kemahiran untuk pekerja binaan. ABM memberi tumpuan kepada melengkapkan personel binaan dengan kompetensi yang sesuai mengikut standard oleh industri.

Misi

Untuk mengukuhkan struktur institusi dan akan menghasilkan peningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan pembangunan sumber manusia bagi industri pembinaan negara.

Visi

Untuk mengukuhkan pengaturan keinstitusian untuk kerjasama yang mendapat pengiktirafan global.

Matlamat ABM

  • Melahirkan lebih ramai personel binaan mahir dan separuh mahir tempatan.
  • Menyediakan peluang kepada pekerja binaan mempertingkatkan tahap kemahiran.
  • Melahirkan tenaga kerja binaan yang produktif, peka keselamatan, mementingkan kualiti dan
    cekap.
  • Menyokong industri pembinaan, memupuk daya saing selari dengan teknologi yang semakin
    maju.
  • Membangun dan merintis laluan untuk mengeksport pekerja mahir tempatan ke luar negara.
  • Menyediakan kursus yang lebih terancang dengan tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi.

Senarai Kampus ABM

Terdapat 6 lokasi ABM di seluruh Malaysia