Skip to main content

Notis Privasi

DIKEMASKINI PADA: 9 FEBRUARI 2024

Kumpulan CIDB HOLDINGS SDN BHD (KUMPULAN CIDB HOLDINGS) menghormati privasi individu berkenaan data peribadi. Polisi Perlindungan Data Peribadi dirumuskan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”). Untuk tujuan Polisi Perlindungan Data Peribadi ini, “Data Peribadi” hendaklah mempunyai erti yang dianggap kepadanya dalam Akta. Untuk tujuan Polisi Perlindungan Data Peribadi ini, terma “kami” akan merujuk kepada mana-mana anak syarikat dalam KUMPULAN CIDB HOLDINGS dan “anda” akan merujuk kepada anda dan/atau mana-mana orang lain atau syarikat yang diwakili oleh anda di mana anda memberikan maklumat Data Peribadi.

1.0 Sifat Data Peribadi

  • Data Peribadi tersebut mungkin tertakluk kepada undang-undang perlindungan data, privasi dan undang-undang serupa lain yang terpakai dan mungkin merangkum maklumat tentang nama, usia, nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat, jantina, tarikh lahir, gambar, butir-butir asas tentang anak, status perkahwinan, pekerjaan, julat pendapatan, maklumat hubungan, alamat e-mel, majikan, bangsa, asal-usul etnik, kewarganegaraan, jenis pinjaman yang dipohon berhubung dengan pembelian harta, nama, alamat dan nombor kad pengenalan pengenal dan informasi yang didapati secara bebas oleh KUMPULAN CIDB HOLDINGS dari sumber-sumber yang sah.

2.0 Tujuan Mengumpul Data Peribadi

Dengan memberikan apa-apa Data Peribadi anda kepada KUMPULAN CIDB HOLDINGS, anda dengan ini membenarkan KUMPULAN CIDB HOLDINGS mengumpul, menyimpan dan menggunakan Data Peribadi bagi tujuan-tujuan berikut:

  • memberikan anda dengan perkhidmatan atau manfaat di bawah mana-mana perniagaan dan/atau polisi KUMPULAN CIDB HOLDINGS; dan/atau
  • pemprosesan permohonan anda di bawah mana-mana program KUMPULAN CIDB HOLDINGS; dan/atau cara-cara lain) dan/atau digunakan, memberikan dan/atau
  • jika berkenaan, pemasaran barangan dan perkhidmatan dan menghantar pengemaskinian, produk baru, tawaran khas, mana-mana pengiklanan, bahan promosi dan/atau bahan komersial kepada anda (termasuk e-mel, khidmat pesanan ringkas atau memperbaiki perkhidmatan syarikat, prosesan invois dan bayaran (termasuk bayaran dengan kad) dan memberi perkhidmatan lain untuk meningkatkan dan menyokong hubungan KUMPULAN CIDB HOLDINGS dengan anda dan/atau dengan orang lain atau syarikat yang diwakili oleh anda; dan/atau
  • menjalankan penyelidikan mengenai perancangan, produk, barangan, perkhidmatan, keselamatan dan ujian; dan/atau
  • menjalankan prosedur sepadan menurut undang-undang; dan/atau
  • melaksanakan statistik analisis untuk pelbagai objektif di dalam KUMPULAN CIDB HOLDINGS dan memberikan maklumat ini kepada KUMPULAN CIDB HOLDINGS; dan/atau
  • tujuan yang berkaitan dengan operasi, pentadbiran, pembangunan, rekod simpanan atau penambahan perniagaan KUMPULAN CIDB HOLDINGS serta untuk tujuan yang berkenaan untuk menyokong dan/atau membantu mana-mana perniagaan KUMPULAN CIDB HOLDINGS; dan/atau
  • tujuan yang berkaitan pentadbiran, pengurusan dan/atau penguatkuasaan transaksi komersial dan hubungan dan komunikasi dengan anda dan/atau dengan orang lain atau syarikat yang diwakili oleh anda;
  • setakat mana dikehendaki oleh undang-undang, di mana KUMPULAN CIDB HOLDINGS menganggap bahawa penggunaan atau pendedahan sedemikian adalah perlu untuk bertindak balas terhadap apa-apa tuntutan atau proses undang-undang, atau di mana KUMPULAN CIDB HOLDINGS mengesyaki telah, sedang atau mungkin terlibat dalam penipuan atau aktiviti yang menyalahi undang-undang; dan/atau
  • di mana pihak ketiga memperolehi atau ingin memperolehi, atau membuat pertanyaan berkaitan dengan memperolehi, suatu kepentingan dalam mana-mana syarikat dalam KUMPULAN CIDB HOLDINGS; dan/atau
  • di mana pihak ketiga memerlukannya untuk pihak ketiga tersebut menjalankan fungsi atau perkhidmatan yang diminta oleh KUMPULAN CIDB HOLDINGS; dan/atau
  • membantu KUMPULAN CIDB HOLDINGS atau di mana pihak ketiga memerlukannya untuk pihak ketiga tersebut menjalankan fungsinya atau obligasinya seperti mana yang diperuntukkan di bawah undang-undang, peraturan, undang-undang kecil dan/atau panduan (sama ada mempunyai kuasa undang-undang atau sebaliknya) atau seperti mana yang diperlukan oleh kerajaan atau badan bukan kerajaan, agensi atau jabatan atau di mana pihak ketiga memerlukannya untuk memastikan pelaksanaan mana-mana terma-terma perjanjian ataupun dokumen; dan/atau
  • di mana pihak ketiga memerlukannya untuk pihak ketiga tersebut menyediakan dan menyerahkan mana-mana tuntutan atau bayaran kepada mana-mana pihak atau untuk audit/pemeriksaan oleh mana-mana pihak untuk apa-apa tujuan yang berkaitan dengan perniagaan KUMPULAN CIDB HOLDINGS;
  • tujuan yang berkaitan dengan menguasakan hak KUMPULAN CIDB HOLDINGS mengikut mana-mana surat, perjanjian dan/atau dokumen termasuk mendapatkan nasihat undang-undang dan nasihat kewangan, mengambil langkah-langkah awal atau memulakan apa-apa tindakan undang-undang; dan/atau
  • membuat pendedahan sedemikian sebagaimana yang dikehendaki bagi mana-mana tujuan di atas atau melalui undang-undang.
  • penilaian kredit dan semakan latar belakang lain terhadap pengguna seperti mana kami anggap perlu atau sesuai;

Kami boleh sama ada menghubungi anda untuk tujuan seperti yang dinyatakan dalam perkara (B) di atas melalui panggilan telefon, e-mel, khidmat pesanan ringkas atau melalui apa jua cara komunikasi yang sedia ada.

3.0 Pengunaan Dan Pendedahan

  • Anda selanjutnya bersetuju bahawa KUMPULAN CIDB HOLDINGS boleh mendedahkan dan memindahkan (sama ada di Malaysia atau luar negara) di antara mana-mana syarikat dalam KUMPULAN CIDB HOLDINGS dan/atau kepada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada ejen, konsultan, peguam, pengaudit, majikan, kontraktor, pembekal, rakan kongsi, ahli gabungan bersama, pengiklan, pembeli, pengendali rangkaian, syarikat-syarikat bersekutu KUMPULAN CIDB HOLDINGS, mana-mana pihak autoriti, kedutaan, badan statutori, badan penyelia, pengawal selia industri, mana-mana organisasi, mana-mana institusi kewangan berkenaan, penasihat profesional, seseorang yang lain di bawah tugas kerahsiaan terhadap KUMPULAN CIDB HOLDINGS atau mana-mana syarikat di dalam KUMPULAN CIDB HOLDINGS, mana-mana syarikat di dalam KUMPULAN CIDB HOLDINGS, pemegang serah hak atau penerima pindahan atau pembeli sama ada sebenar atau yang dicadangkan bagi apa-apa hak syarikat dalam KUMPULAN CIDB HOLDINGS, pembekal perkhidmatan pihak ketiga, untuk keperluan operasi, pentadbiran pembangunan KUMPULAN CIDB HOLDINGS dan organisasi yang membekalkan perkhidmatan arkib, pengauditan, nasihat profesional, pungutan hutang, insurans, perbankan, pemasaran, pengiklanan, mailhouse, penghantaran, perekrutan, pusat panggilan, teknologi, penyelidikan, utiliti dan keselamatan untuk menggunakan, mendedahkan, memegang, memproses, menyimpan atau memindahkan Data Peribadi  itu bagi tujuan (B) di atas untuk dan bagi pihak  KUMPULAN CIDB HOLDINGS.
  • KUMPULAN CIDB HOLDINGS menggunakan dan mendedahkan maklumat yang dikenal pastikan bukan secara peribadi yang dikumpul oleh kami sebagai sebahagian daripada proses KUMPULAN CIDB HOLDINGS sentiasa memperbaiki, perniagaan kami dan/atau perniagaan KUMPULAN CIDB HOLDINGS.

4.0 Kesan Ketiadaan Peruntukan Data Peribadi

Kegagalan untuk membekalkan Data Peribadi akan:-

  • menyebabkan kami tidak dapat menyampaikan notis, perkhidmatan dan/atau produk yang diminta kepada pelanggan/bakal pelanggan;
  • menjejaskan keupayaan pihak-pihak untuk memasuki sebarang Perjanjian yang perlu berhubung dengan penjualan atau pelantikan individu atau syarikat di dalam mendapat/memberi produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh KUMPULAN CIDB HOLDINGS; dan/atau
  • mengakibatkan kami tidak dapat mengemaskinikan anda tentang produk dan/atau perkhidmatan terkini kami

5.0 Perlindungan

Kami akan menyimpan dan memproses data anda dalam cara yang selamat. Kami akan berusaha sedaya upaya, di mana praktik, untuk melaksanakan pelindung dan prosedur pentadbiran dan keselamatan yang sesuai selaras dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai untuk menghalang pemprosesan Data Peribadi anda dalam cara yang tidak dibenarkan atau tidak sah dan kehilangan atau kemusnahan atau kerosakan pada Data Peribadi anda dalam cara yang tidak disengajakan.

6.0 Pemindahan & Perkongsian  Data

Sekiranya kami menganggapnya perlu atau sesuai bagi tujuan penyimpanan atau pemprosesan data atau untuk menyediakan sebarang perkhidmatan atau produk bagi pihak kami kepada anda, kami boleh memindahkan Data Peribadi anda kepada ahli lain dalam syarikat-syarikat KUMPULAN CIDB HOLDINGS kami atau penyedia perkhidmatan atau produk pihak ketiga di dalam atau di luar Negara di mana kami ditubuhkan, dalam keadaan kerahsiaan dan tahap pelindung keselamatan yang serupa.

7.0 Hak Akses Dan Pembetulan Anda

  1. Anda atas pembayaran fi yang ditetapkan berhak meminta akses kepada dan pembetulan maklumat tentang anda yang disimpan oleh kami dan dalam hal ini, anda boleh:
    • menyemak sama ada kami menyimpan atau menggunakan Data Peribadi anda dan meminta akses kepada data tersebut;
    • meminta agar kami membetulkan sebarang Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau ketinggalan zaman;
    • meminta agar Data Peribadi anda disimpan oleh kami hanya selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan maklumat tersebut dikumpul;
    • meminta agar kami menyatakan atau menjelaskan dasar dan prosedurnya berkaitan dengan data dan jenis Data Peribadi yang dikendalikan oleh kami; dan
    • memaklumkan kepada kami bantahan anda tentang pengunaan Data Peribadi anda bagi tujuan pemasaran dan dengan itu kami tidak akan menggunakan Data Peribadi anda bagi tujuan ini; dan
    • menarik balik, dengan sepenuhnya atau sebahagiannya, kebenaran anda yang diberikan sebelum ini, dalam setiap setiap keadaan tertakluk kepada sebarang sekatan undang- undang yang terpakai, syarat-syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah.
  1. Permintaan bertulis bagi akses kepada Data Peribadi atau pembetulan dan/atau pemadaman Data Peribadi atau bagi maklumat tentang dasar dan prosedur dan jenis Data Peribadi yang dikendalikan oleh kami hendaklah ditujukan kepada:

Organisasi
Perjawatan orang yang boleh dihubungi:
Pengurus Kanan,
Bahagian Kewangan, Khidmat Pengurusan & Promosi
Nombor Telefon:
Nombor Faks:
Alamat E-mel:
Alamat:

8.0 Kerahsiaan

  1. Data Peribadi yang dipegang oleh KUMPULAN CIDB HOLDINGS akan dirahsiakan menurut Polisi Perlindungan Data Peribadi ini selaras dengan mana-mana undang-undang terpakai yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
  2. Sebarang pertanyaan, komen, cadangan atau maklumat selain daripada Data Peribadi yang dihantar atau diberikan kepada kami dengan apa jua cara pun akan dianggap diberi kepada KUMPULAN CIDB HOLDINGS secara sukarela atas dasar tidak sulit dan tidak dimiliki.
  3. KUMPULAN CIDB HOLDINGS berhak untuk menggunakan, mengeluarkan semula, mendedahkan, menghantar, menerbitkan, menyiarkan dan/atau mengepos tempat lain maklumat tersebut secara bebas seperti yang dinyatakan dalam (C) di atas

9.0 Data Peribadi Yang Diberikan Oleh Anda

Anda mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran daripada orang dan/atau syarikat yang diwakili oleh anda untuk memberikan Data Peribadi mereka masing-masing.

10.0 Pengubahan Kepada Polisi Perlindungan Data Peribadi

KUMPULAN CIDB HOLDINGS berhak untuk meminda Polisi Perlindungan Data Peribadi tanpa memberi notis terlebih dahulu. KUMPULAN CIDB HOLDINGS menasihatkan supaya anda menyemak Polisi Perlindungan Data Peribadi ini dengan tetap.