Skip to main content

Tentang

Akademi Binaan Malaysia

Tentang ABM

Akademi Binaan Malaysia (ABM) ditubuhkan pada tahun 1997, merupakan pusat penilaian dan latihan CIDB Malaysia. Matlamat ditubuhkan adalah memenuhi keperluan bagi pembangunan dan peningkatan kemahiran untuk pekerja binaan. ABM memberi tumpuan kepada melengkapkan personel binaan dengan kompetensi yang sesuai mengikut standard oleh industri.

ABM Mempunyai

6

Di Seluruh Malaysia Iaitu Di Utara, Timur, Tengah, Selatan, Sabah Dan Sarawak.

Menawarkan Lebih Dari

100

seperti , Scaffolding, Electrical , Crane Operator , Aircond , Chargeman IBS dan banyak lagi.

Pengajar Berpengalaman

Sebahagian besar daripada tenaga pengajar ABM mempunyai pengalaman bekerja dalam industri, pernah dihantar menjalani latihan kemahiran di luar negara serta barisan pakar-pakar yang terlibat dengan Worlds Skill.

Timeline

Penubuhan ABM

1

1997 (Januari)

ABM yang pertama ditubuhkan ABM Wilayah Tengah , Jln Chan Sow Lin

2

1997 (Ogos)

Tiga ABM ditubuhkan iaitu ABM Wilayah Selatan, Timur dan Sabah

3

2001

ABM Wilayah Utara dan Sarawak

Misi

Untuk mengukuhkan struktur institusi dan akan menghasilkan peningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan pembangunan sumber manusia bagi industri pembinaan negara.

Visi

Untuk mengukuhkan pengaturan keinstitusian untuk kerjasama yang mendapat pengiktirafan global.

Matlamat ABM

  • Melahirkan lebih ramai personel binaan mahir dan separuh mahir tempatan.
  • Menyediakan peluang kepada pekerja binaan mempertingkatkan tahap kemahiran.
  • Melahirkan tenaga kerja binaan yang produktif, peka keselamatan, mementingkan kualiti dan cekap.
  • Menyokong industri pembinaan, memupuk daya saing selari dengan teknologi yang semakin maju.
  • Membangun dan merintis laluan untuk mengeksport pekerja mahir tempatan ke luar negara.
  • Menyediakan kursus yang lebih terancang dengan tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi.