Prosedur & Borang Cetakan Semula Sijil SKKP
Panduan buat semua Alumni/Personel Binaan yang ingin untuk membuat permohonan cetak semula Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) .
Buat makluman semua, anda boleh memohon cetak semula sijil atas sebab hilang atau rosak atau dicuri atau tidak dituntut. Terdapat dua jenis prosedur bagi pemohonan tersebut. Sila rujuk dibawah :
Prosedur Pemohonan Cetak Semula Bagi Sijil SKKP Hilang/ Rosak/ Kecurian
- Pemohon perlu membuat laporan polis berkenaan kehilangan/kecurian/Kerosakan SKKP.
- Pemohon perlu membuat bayaran RM100.00 (di kaunter CIDB Negeri atau cawangan CIDB Malaysia)
- Pemohon perlu hantar secara email dokumen-dokumen berikut ke bpp@cidb.gov.my untuk cetakan semula:
a. Lengkapkan Borang Cetakan Semula Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) (Klik Muat Turun)
b. Salinan Laporan Polis berkenaan kehilangan/kecurian SKKP
c. Bukti pembayaran cetakan semula SKKP
d. Salinan Kad Pengenalan/Pasport
e. Kad Personel Binaan (sekiranya ada)
Tempoh 7 hari bekerja untuk pengeluaran SKKP secara maya (E-Cert)
Prosedur Pemohonan Cetak Semula Bagi Sijil SKKP Tidak Dituntut
- Pemohon perlu membuat bayaran RM100.00 (di kaunter CIDB Negeri atau cawangan CIDB Malaysia)
- Pemohon perlu hantar secara email dokumen-dokumen berikut ke bpp@cidb.gov.my untuk cetakan semula :
a.Lengkapkan Borang Cetakan Semula Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) (Klik Muat Turun Borang )
b.Bukti pembayaran cetakan semula SKKP
c.Salinan Kad Pengenalan/Pasport
d.Kad Personel Binaan (sekiranya ada)
Tempoh 7 hari bekerja untuk pengeluaran SKKP secara maya (E-Cert)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi
CARELINE CIDB MALAYSIA : 03- 5567 3300