Terkini & Pengumuman
FAQ
Akademi Binaan Malaysia (ABM) adalah pusat penilaian dan latihan CIDB, yang memenuhi keperluan untuk pembangunan dan peningkatan kemahiran untuk pekerja binaan mengikut standard oleh industri. ABM menawarkan lebih dari 60 tred latihan kompetensi kemahiran pembinaan.
Antara program yang ditawarkan di ABM
- Program Latihan Kompetensi Kemahiran Pembinaan (Program Belia)
- Program Latihan Kompetensi Kemahiran Pembinaan (Program Personel Binaan)
- Program Penilaian Kompetensi Kemahiran Pembinaan
- Program Suai Khas (Customised)
- Program Induksi Keselamatan Pekerja Tapak Binaan (SICW) (Green Card)
- Program MyBIM
Pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB (SKK) yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir.
*tertakluk kepada program yang ditetapkan, untuk maklumat lanjut sila rujuk maklumat kursus yang dimohon.
Pengambilan dibuka sepanjang tahun. Layari laman web kami www.akademibinaan.com.my untuk pendaftaran kursus.
Syarat utama dibuka kepada calon-calon warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kemasukan yang telah ditetapkan. Manakala Syarat kemasukan adalah berbeza mengikut program. (Sila rujuk syarat kemasukan mengikut tred yang dimohon).
Selepas mendaftar , sekiranya layak, pihak ABM akan hubungi pemohon untuk kemasukan belajar. Sekiranya tidak dapat maklum balas, pemohon boleh hubungi ABM sendiri untuk membuat semakan pemohonan.
Yuran kemasukan dikenakan mengikut kursus/program yang dimohon oleh pemohon . Paling rendah RM300 dan paling tinggi RM 3705. Untuk keterangan lebih lanjut, pemohon boleh hubungi ABM.
Tempoh pembelajaran di ABM adalah mengikut kursus/program yang dimohon. Paling pendek 5 hari dan paling panjang 2 tahun.
Hostel , dewan makan , kawasan riadah, surau, bilik latihan yang lengkap.
Event Calendar
Testimoni
Rakan Kerjasama
