Skip to main content

Laporan Statistik Tenaga Buruh Jabatan Perangkaan Malaysia mencatatkan kadar pengangguran seramai 768,700 orang pada Jun 2021 kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyaksikan banyak sektor tidak dapat beroperasi.

Sebagai antara cara boleh dipertimbangkan untuk mengurangkan kadar pengangguran adalah dengan menggalakkan rakyat terutama belia menyertai sektor pembinaan sebagai tenaga mahir.

Berbanding sektor lain terpaksa menutup operasi ketika PKP 3.0, sektor pembinaan masih boleh beroperasi seperti biasa terutama membabitkan projek infrastruktur rel nasional seperti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB), Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) laluan Shah Alam dan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya.

Tanggapan sektor pembinaan sebagai pekerjaan kelas kedua, bergaji rendah dan hanya membabitkan kerja buruh kasar semata-mata perlu diubah.

Sumber – Berita harian (https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2021/10/873765/galak-belia-sertai-sektor-pembinaan)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.