PWTC, Kuala Lumpur- Akademi Binaan Malaysia (ABM) mengumumkan pelantikan tiga Ketua Pegawai Eksekutif baharunya daripada Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara, Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sabah dan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sarawak yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2020.
Encik Mohd Nazri Bin Hj Zakaria, (46), Encik Tadzul Bin Radim, (48), dan Encik Abdul Rahman Bin Ahmad, (46), masing-masing dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ABM bagi Wilayah Utara, Sabah dan Sarawak.
Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif ini diharap dapat membantu mencapai visi dan misi ABM serta memainkan peranan penting dalam pembangunan agenda pendidikan dan latihan kemahiran di peringkat nasional dan antarabangsa khususnya di dalam bidang kemahiran pembinaan di Malaysia.