Skip to main content

Akademi Binaan Malaysia (ABM) menerusi program Usahawan Kemahiran mahu pelatihnya menceburkan diri dalam bidang keusahawanan (Program Perantisan) seterusnya menjadi kumpulan kontraktor mahir generasi baharu.

Program Perantisan Industri Pembinaan adalah merupakan satu program yang dibangunkan oleh CIDB selaras dengan inisiatif di bawah Teras 3 – Produktiviti berdasarkan Pelan Transformasi Industri Pembinaan – CITP (2016-2020).

Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada perantis mempraktikkan kemahiran yang dipelajari dalam dunia pekerjaan sebenar dengan pemantauan dan tunjuk ajar tenaga kerja berpengalaman.

Program ini menyasarkan kepada pelatih ABM yang tamat dan mempunyai Sijil Kompetensi Kemahiran (SKK) dari mana-mana tidak lebih dari 35 tahun.

Sumber Gambar :  Rosela Ismail (Berita Harian).

Menerusi program Usahawan Kemahiran ini, pelatih lepasan ABM diberi latihan berkonsepkan ‘Penjenamaan Kumpulan’ bagi melahirkan usahawan berkredibiliti dan berjaya.

Datuk Ir Ahmad Asri Abdul HamidKetua Eksekutif, CIDB Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.