KUALA LUMPUR: Akademi Binaan Malaysia (ABM) menerusi program Usahawan Kemahiran mahu pelatihnya menceburkan diri dalam bidang keusahawanan seterusnya menjadi kumpulan kontraktor mahir generasi baharu.
Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Datuk Ir Ahmad “Asri Abdul Hamid, berkata ABM bukan saja memberi peluang kepada golongan belia mendalami kemahiran dalam industri binaan, malah ia turut menjadi platform kepada mereka mempunyai perniagaan sendiri.
Beliau berkata, pihaknya mahu mewujudkan pelapis kontraktor bersama pemikiran dan kelas tersendiri serta menjadi lebih profesional dengan kemahiran yang diperoleh sepanjang tempoh pengajian di ABM.
“Menerusi program Usahawan Kemahiran ini, pelatih lepasan ABM diberi latihan berkonsepkan ‘Penjenamaan Kumpulan’ bagi melahirkan usahawan berkredibiliti dan berjaya.