ABM Wilayah Sarawak telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Sekolah Kebangsaan Gita, Petra Jaya.
Program ini melibatkan beberapa pelatih ABM dan tenaga pengajar dalam membantu, memperbaiki dan menukar pintu kelas sekolah tersebut yang lama dan rosak.
Turut hadir ke Program tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif ABM Wilayah Sarawak Tuan Abdul Rahman bin Ahmad.
ABM Wilayah Sarawak aktif dengan pelbagai program Sarawak bagi membantu masyarakat dengan tenaga kemahiran yang diajar sendiri di ABM.