BELAJAR KEMAHIRAN BINAAN ATAS TALIAN SECARA PERCUMA – KETAHUI PORTAL PERTAMA TVET PEMBINAAN DI MALAYSIA
CIDB Holdings memperkenal inisiatif terkini iaitu STAR e-library bagi memperluas kaedah pengajaran dan pembelajaran Latihan Kompetensi Kemahiran Pembinaan.
Portal ini mengandungi modul mengikut tred yang dibangunkan oleh tenaga pengajar berpengalaman serta mendapat kerjasama input pembelajaran daripada rakan industri pembinaan.
STAR e-library boleh digunakan sepenuhnya bermula 1 Jun 2021 oleh semua warga tenaga pengajar serta pelatih ABM dan CIDB Technologies.
5 Fakta (STAR e-Library)
- Hanya tenaga pengajar dan pelatih ABM/ CIDB Technologies yang telah berdaftar boleh akses portal secara PERCUMA!
- Boleh diakses 24 Jam di mana sahaja melalui telefon / tab / komputer
- Terdapat 30 Modul/ Tred lengkap dengan video, nota dan slaid pembelajaran yang terkini
- Dilengkapi koleksi Data & Statistik Tahunan Latihan ABM & CIDB Tech
- Portal pertama di Malaysia dibangunkan dibawah TVET Pembinaan
Jom layari untuk lebih lanjut https://star.elib.cidbhabm.com.my