CIDB Malaysia komited membangunkan kontraktor Bumiputera, terutamanya dari golongan belia, bagi meningkatkan kedayasaingan dan kebolehan mereka untuk memenuhi kehendak pasaran kini. Salahsatu inisiatif yang diketengahkan adalah Accelerator Programme For Construction Entrepreneurs (ACE).

Program kerjasama di antara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan CIDB di bawah Pelan Belanjawan 2022 ini menyediakan kursus peningkatan kapasiti dan On the Job Training (OJT) untukusahawan pembinaan belia atau kontraktor belia Bumiputera gred G1 hingga G4. Selain menyediakanlatihan dan pensijilan yang berkaitan, program ini juga meningkatkan kesedaran peserta tentangkepentingan kaedah perniagaan terkini serta modul peningkatan jatidiri.

Setelah berjaya menamatkan program latihan, peserta cemerlang juga berpotensi untuk dianugerahkanprojek pembinaan mengikut gred pendaftaran oleh Kementerian atau Jabatan yang telah dikenal pasti.

Rata-rata, peserta Program ACE amat menghargai peluang untuk mendapatkan ilmu baharu sertamembina jaringan kenalan industry yang lebih besar, bagi memperluaskan lagi peluang perniagaan.

Disertakan perkongsian pengalaman beberapa peserta Program ACE ini.