12 Disember 2022 – Majlis Graduasi ABM dan
CIDB Tech Wilayah Utara 2022 diadakan di Auditorium ABM Wilayah Utara, Sintok, Kedah. Seramai 120 pelatih termasuk 13 pelatih cemerlang diraikan. Mereka adalah pelatih daripada 14 tred (kategori) dalam latihan kompetensi kemahiran pembinaan membabitkan kluster bidang bangunan, jentera berat, pendawaian elektrik dan kimpalan.
Dalam majlis itu, dua (2) alumni ABM iaitu Muhamad Putera Rafii dinobatkan
sebagai penerima Anugerah Ikon TVET Pembinaan dan seorang lagi menerima Sijil Khas “Special Mention” iaitu Normalia Sidek.
Putera, 25 tahun merupakan usahawan perniagaan servis penyaman udara dan pernah dinobatkan Medallion of Excellence di World Skills Abu Dhabi pada tahun 2018 dengan berbekalkan sijil SKKP CIDB pada awal kerjayanya, kini beliau meraih pendapatan yang lumayan.
Manakala, Normalia, 30 tahun yang telah viral baru-baru ini kerana video aksi berani beliau bertugas di puncak bangunan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) yang berketinggian 452 meter lantas digelar ”The Real Iron Lady” oleh netizen Malaysia.
Tiga (3) orang pelatih ABM juga menerima Sijil Penghargaan atas pencapaian
mereka bagi Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia 2022 (WSMB) dan WorldSkills Abu Dhabi 2018 (WSC). Ketiga-tiga mereka Muhammad Habibullah Mohd. Yusuff (WSMB-Pingat Perak, Kategori Pemasangan Penyaman Udara), Zulkifli Mat Noh (WSMB-Sijil Kecemerlangan, Kategori Perpaipan) dan Muhammad Zulkhairi Zubir (WSC-Medalion of Excellence, Kategori Pendawaian Elektrik).