Program Kursus Kad Hijau CIDB (SICW)
Apa itu Kursus Kad Hijau?
Kursus Kad Hijau CIDB adalah Program Induksi Keselamatan Pekerja Tapak Binaan (SICW) (Green Card).
Kenapa Perlu Mengikuti Kursus Ini?
Kad Hijau CIDB (Kad Pendaftaran Personel Binaan) yang dikeluarkan oleh CIDB. Ia adalah satu-satunya Safety Passport yang wajib semua pekerja binaan perlu ada ketika bekerja di Tapak Bina.
Untuk memiliki kad ini pekerja diwajibkan mengikuti kursus SICW (Safety Induction for Construction Workers). Selepas mengikuti kursus ini, pekerja diminta muat turun sijil kehadiran ketika memohon Kad Hijau CIDB di Sistem CIMS CIDB.
PERINGATAN: Sekiranya tidak ada sijil kursus ini, pekerja tidak layak untuk memohon Kad Hijau CIDB.
Syarat Utama Permohonan Kad Hijau CIDB (Kad Personel Binaan)?
- Pemohon mestilah bekerja dalam industri pembinaan SERTA melaksanakan kerja-kerja pembinaan.
- Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
- Pemohon hadir Kursus Induksi Keselamatan (SICW) Untuk Pekerja Binaan atau setara dengannya.
- Patuh undang-undang bertulis yang lain atau dasar yang ditetapkan oleh kerajaan
Kenapa perlu mengikuti Kursus Kad Hijau di ABM ?
- ABM ditauliahkan oleh CIDB Malaysia sebagai Pusat Penilaian dan Latihan Kemahiran Pembinaan.
- Berpengalaman lebih dari 20 tahun bagi kursus Kad Hijau.
- Mempunyai lebih dari 80,000 peserta dari Individu dan Majikan yang mengikuti kursus di ABM.
- Menyediakan jadual kursus yang lebih terancang dengan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam industri pembinaan.