
KHAS KEPADA : Alumni ABM & CIDBT tahun 2019-2022
Jabatan Audit Negara (JAN) dalam proses penyediaan Pemerhatian Audit untuk pengauditan terhadap Pengurusan Program Memperkasakan Kapasiti, Kebolehan dan Daya Saing Industri Pembinaan yang dilaksanakan di Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Bagi mengukur keberhasilan program, Pihak JAN telah membangunkan Soal Selidik menerusi Google Form terhadap peserta yang menjalani latihan, penilaian dan temuduga serta menerima pentauliahan dan pensijilan bagi program Latihan Kompetensi Kemahiran (LKK), Penilaian Kompetensi Kemahiran (PKK) serta Penyeliaan dan Pengurusan (PP) meliputi tahun 2019, 2021 dan 2022.
Sehubungan itu, pihak kami ingin menjemput alumni ABM dan CIDB Technologies bagi kemasukan Program Latihan (LKK) Belia Dan Personel Binaan, serta program Penilaian Kompetensi Kemahiran (PKK) tahun 2019, 2020, 2021 & 2022 untuk mengisi borang soal selidik berkaitan.
Pautan bagi Google Form mengikut Program seperti berikut :