Skip to main content

Pada 5 Julai 2022 yang lepas , Banjir di Baling telah meragut tiga nyawa, manakala lebih 1,400 penduduk terpaksa dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS), selain tujuh rumah musnah dan kira-kira 70 kediaman lagi rosak.

Simpati terhadap nasib mangsa-mangsa banjir yang memerlukan bantuan membersihkan rumah selepas keadaan kembali reda .

Pasukan Sukarilawan ABM yang terdiri dari pengajar dan pelatih ABM Wilayah Utara turun ke kawasan yang terjejas.

Sebanyak 10 buah rumah di Baling, dibersihkan oleh pasukan tersebut.  Pihak akademi berkongsi kesedihan dialami penduduk di kampung-kampung yang terjejas dan diharap misi bantuan ini dapat meringankan beban mangsa.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.