Skip to main content

MEREKA pernah gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun atas usaha dan kegigihan bangkit daripada kegagalan, mereka kini bergaji lebih RM20,000 sebulan.

Malah, lebih membanggakan, ada antara mereka kini mampu membuka perniagaan sendiri dan mewujudkan peluang pekerjaan, selain mampu membeli aset secara tunai dan menghantar ahli keluarga mengerjakan haji dan umrah berkali-kali.

Itu sebahagian kisah dikongsikan tiga Ikon TVET (Latihan Teknikal dan Vokasional) Pembinaan kelahiran Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur, di Kuala Berang yang kini boleh tersenyum dengan kejayaan mereka dalam kerjaya.

Muhammad Faizal Ismail, 35; Mohamad Badiuzaman Ya Abu Bakar, 34; dan Muhammad Qamarul Auji Amran, 32, yang juga bekas pelatih ABM diangkat sebagai Ikon TVET atas kejayaan mereka dalam bidang kemahiran masing-masing pada majlis pelancaran Jelajah TVET Pembinaan Edisi Terengganu oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian, di Kuala Berang.

Sumber : Harian Metro (https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/508976/gigih-bangkit-selepas-gagal-spm-metrotv?fbclid=IwAR3Pazw_plQ0Q8kU9IbA6Db7tIsKObhWI5ESaNHVuJ4Ea8_hx6TKXXEeQ1I)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.